Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, August 16, 2017

Aktiviti Puteri Raja Ratu Di Tadikanya

Kali ini Ratu menerima gambar hasil dari aktiviti Puteri Raja Ratu di tadikanya. Waa, seronoknya. Aktiviti kali ini adalah membuat kenderaan secara berkumpulan. Patutlah, cikgunya ada whatsapp mohon bawa kotak tak kira sama ada kotak biskut atau kotak tisu. Puteri Raja Ratu memaklumkan kepada Ratu bahawa dia akan buat kenderaan. Emm.. Ratu pun bekalkan kotak sabun, kotak teh uncang lipton dan kotak ubat gigi.

Tapi bila pulang dari kelasnya, Ratu pun terkejut bila melihat kotak-kotak yang Ratu bekalkan masih lagi dalam beg sekolahnya. Bila Ratu melihat gambar yang dihantar ini oleh gurunya melalui group whatsapp barulah Ratu tahu bahawa gurunya yang membawa atau memilih kotak yang bersesuaian untuk aktiviti membina sebuah kenderaan.

Inilah antara gambar yang diterima,


Erkk.. kenapa tingkap keretapi ni tak banyak. Hasishh..


Ini gambar seterusnya semasa proses penyiapan,


Ini adalah antara hasil kerja berkumpulan,


Wow, cantik dan kreatif hasil kerja masing-masing kan. Alhamdulillah, siapa sangka hasil kerja tangan kanak-kanak sekarang ini semakin keratif. Huhu..

Tatapan dari,

Thursday, August 10, 2017

Cabaran Ekonomi 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Baru-baru ini Ratu ada terbaca mengenai artikel dari keratan akhbar mengenai 'Ekonomi Malaysia Yang Dijangkakan Meleset 2018'

Raja dan Ratu ingatkan tahun 2016 dan tahun 2017 inilah yang mencabar. Rupa-rupanya tahun depan dijangkakan ekonomi negara bakal meleset dan lebih mencabar. Dan bahang jangkaan kemelesetan ekonomi itu terkesan pada tahun ini. Kalau Ratu tengok kebanyakkan pengusaha-pengusaha yang telah berkembang perniagaan mereka, mula mengatur strategi mengecilkan skop perniagaan mereka. Ada yang kecilkan cawangan perniagaan mereka. Tidak kurang juga ada yang gulung tikar. Sedih kan. Itu yang Ratu terkejut bila mengetahui rupa-rupanya tahun depan lebih mencabar. Baru-baru ini pun Ratu berkeinginan untuk membeli tudung tapi Ratu terkejut bila tengok kedai tu sudah tutup. Ratu ada menghubungi owner kedai dan beliau mengesahkan penutupan kedai tersebut.

Inilah keratan akhbar tersebut,


Apa tindakan kita tahun ini kawal perbelanjaan kita dan banyakkan membuat simpanan. Ratu juga ada google mengenai jangkaan ini dan Ratu tumpuan Ratu terhadap artikel dari salah seorang pakar ekonomi Malaysia iaitu Prof Hoo Ke Ping. Beliau mempunyai alasan yang tersendiri melalui kajian beliau terhadapa perkembangan ekonomi semasa hari ini.


Menurut beliau anatara punca kemelesetan ekonomi Malaysia adalah,
*  Tahap kenyakinan rakyat untuk berbelanja agak lemah
*  Ramai di kalangan pekerja dari industri minyak dan gas, bank serta elektronik kena berhenti kerja
*  Harga rumah mewah dan sederhana mewah yang kebanyakkannya RM500 ke atas akan jatuh

Jom kita kaji sejarah kemelesetan ekonomi negara kita bermula dari tahun 1960 dari pemerintah dahulu sehingga kini. Dari sejarah ini kita leh fikir rentak ekonomi dari pemerintah dulu sehingga kini.

* 1960 an  ~ Kejatuhan harga getah dunia
* 1967      ~ Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia
* 1970 an  ~ Kejatuhan sekali lagi harga getah dunia
* 1980 an  ~ Aliran keluar dana dari pasaran Malaysia dan juga kejatuhan pasarana hartanah Malaysia
* 1990 an  ~ Serangan matawang Malaysia
* 2008       ~ Malaysia hampir-hampir terjerumus ke arah kemelesetan ekonomi tetapi Malaysia berjaya mengatasinya dengan pantas.
* 2018       ~ Kemelesetan ekonomi yang diramalkan akan memberi kesan kepada semua sektor penting di Malaysia

Apa yang Ratu maklumkan ini bukanlah untuk menakut-nakutkan kita semua. Cuma apa yang dijangkakan ini, kita perlu atur strategi yang terbaik sebagai pembeli mahupun peniaga dari sekarang bagi menghadapi tahun 2018 yang tinggal beberapa bulana sahaja lagi.

Tatapan dari,

Monday, August 7, 2017

Law Kana Bainana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu ini. Kali ini dengan rendah dirinya, Ratu ingin kongsikan 1 video yang menyentuh hati dan sanubari Ratu. Mungkin video ini juga akan menyentuh hati korang semua.

Video ini menambahkan keinginan dan kerinduan Ratu untuk ke tanah suci lagi. Jom kita amati video ini. Moga ianya memberikan manfaat kepada kita semua.  Amin.. Amin.. Amin..

Jom kita hayati,



Law Kana Bainana
===============
Wahai Tuhan kami..
Kami telah lalai dan alpa..
Namun setiap daripada kami mendambakan..

Pada KeampuananMu..
Pada Sifat PemurahMu..
Pada Pembebasan daripada api nerakaMu..
Dan pada syurgaMu bersama Penghulu segala manusia..

Kami memohon padaMu.. 😭
Kami memohon padaMu.. 😭
Wahai Tuhanku..

Jauh di lubuh hati kami..
Andai Rasulullah masih ada bersama kami..
Pasti yang jauh dan dekat akan datang padanya..
Mengharapkan kebaikan Rasulullah sebelum ia berakhir..
Pasti yang jauh dan dekat akan datang padanya..

Kerana mendampingmu jiwa menjadi tenang..
Doa akan diperkenankan oleh Allah..
Cahaya Rasulullah tidak pernah sirna..

Wahai Tuhanku..
Makbulkanlah hajat kami untuk bertemu dengannya..
Hidayahmu ibarat alam terbentang luas..
Sebagai kasih sayang Tuhan pemberi hidayah..
Bicaramu bagai sungai yang jernih..
Berdampingan denganmu bagaikan dahan yang segar dan basah..
Ku tebuskan diriku dengan dirimu.

Wahai Rasulullah..
Wahai Muhammad..
Yang memuliakan segala makhluk..
Berada di sisimu jiwa menjadi tenang..
Wahai pembawa rahmat bagi sekalian alam..

Wahai kekasihku..
Wahai Nabi Muhammad..
Wahai penawarku..
Wahai yang sentiasa dipuji..
Kelebihanmu tidak dapat disangsikan lagi..
Maha Agung yang berselawat ke atas Baginda..

Wahai kekasihku..
Wahai Nabi Muhammad..
Wahai penawarku..
Wahai yang sentiasa dipuji..
Kelebihanmu tidak dapat disangsikan lagi..
Maha Agung yang berselawat ke atas Baginda.

Wahai kekasihku..
Wahai Nabi Muhammad..
Wahai penawarku..
Wahai yang sentiasa dipuji..
Kelebihanmu tidak dapat disangsikan lagi.. 😭😭

Tatapan dari,

Friday, August 4, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua khususnya pengunjung setia Teratak Istana Raja Ratu. Hari ini Ratu hendak kongsikan serba sedikit Tazkirah petikan melalui page Facebook RR Raudah.

Ingatlah wahai sahabatku..
Walau dimana sahaja kita berada..
Hanya dengan mengingati Allah..
Hidup kita akan tenang..


Jangan kita lalai dan leka..
Dan ingatlah..
Apa yang kita miliki hari ini..
Apa yang kita kecapi hari ini..
Semuanya dari Allah..
Pinjaman dari Yang Maha Esa..

Jangan kita lalai dan leka..
Dengan mengejar duniawi sahaja..
Seimbangkan lah langkahmu..
Untuk mencapai kejayaan Dunia dan Akhirat..

Jom kita sama-sama..
Lakukan apa yang DisuruhNya..
Tinggalkan apa yang DilarangNya..
Jom kali ini..
Kita mulakan usaha kita untuk mencapai impian kita..
Dan sentiasa menjaga solat..
Kerana solat itu menjaga hubungan kita dengan Allah..

Inilah tip yang paling mudah..
Kalau kita berjaya seimbangan..
Mengejar impian kejayaan Dunia dan Akhirat..
Insya Allah..
Setiap urusan dan tindakan kita..
Akan jadi lebih mudah setiap masa..


Moga-moga ianya membantu. Marilah sama-sama kita menjaga hubungan kita denganNya seiring dengan tindakan kita yang ingin mengejar kejayaan yang ingin kita kecapi di dunia ini.

Tatapan dari,

Wednesday, August 2, 2017

Waa.. Seronoknya Puteri Raja Ratu Beraya


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kali ini Ratu ingin kongsikan gambar aktiviti Puteri Raja Ratu beraya di tadikanya minggu lepas. 

Puteri Raja Ratu yang sibuk beraya di tadikanya, Raja dan Ratu yang kalut. Huhu.. Pulang sahaja dari tadikanya, terus dia mengingatkan Ratu bahawa dia kena memakai baju raya dan membawa kuih raya ke kelasnya pada keesokkan hari. hEHE..

Bukan main excited lagi, malam tu juga Ratu acukan baju raya pada Puteri Raja Ratu. Ratu ingat nak pakaikan baju raya tahun lepas sahaja sebab baju raya tahun ini agak labuh sedikit. Oklah Ratu terus ambil keputusan pakai baju raya tahun lepas. Keesokkan harinya, Ratu memakaikan Puteri Raja Ratu ini baju raya tahun lepas. Tapi, sekali tengok macam tak sesuai pulak. Ratu lak suruh Puteri Raja Ratu tukar balik dan pakai baju raya tahun ini. Aduhhh... Hehe.. Saja je, sekali pandang, baju raya tahun ni pulak nampak lebih cantik di mata Ratu lak pagi tu. Huhu..

Inilah gambar Puteri Raja Ratu bersama-sama rakan-rakan sekelasnya,





Ini pula gambar kedua,




Kali ini kena pakai baju raya.. bawa kuih raya dan pakai kasut raya.. Huhu.. Tak per, janji Puteri Raja Ratu ni seronok.


Tatapan dari,

Tuesday, August 1, 2017

Gelagat Posing Raya 2017

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera kepada semua. Di sini Ratu ingin kongsikan sedikit gambar terkumpul antara mereka yang berposing di bulan syawal yang lepas. Hehe.. Lawak pun ada.. Pelik pun ada.. Macam-macam la diorang ni.. Huhu..

Ni antara gambar yang pertama,


Dah hampir tak dapat bezakan yang mana satu pokok pisang dan yang mana satu orang.. Huhu..

Ini pula gambar yang kedua,


Yang ini pula dah kenapa berposing di tengah jalan raya.. Tak takut kena langgar ker.. Hari raya ni banyak kenderaan lalu di kawasan kampung nak beraya.. Huhu..

Gambar yang ketiga,



Waa, gempak betul keluarga ni. Haha. Peminat WWF ker ????

Gambar keempat,


Semuanya kaum hawa.. Dah kenapa di tengah-tengah panas ni memanjat pokok kan. Aduhhh.. Haha..

Gambar kelima,


Yang ni dah kenapa pulak tengah-tengah panas sanggup angkat kerusi tu kat tengah-tengah jalan. Sekejap lagi kereta nak lalu, 1 kerja lagi nak angkat balik kerusi tu bawa masuk dalam rumah. Haha.. Pelik.. Pelik..

Gambar keenam,


Ni apahal pulak ambil gambar cam ni ??? Berbau dan kotor lak baju raya tu nanti. iSHHH.. iSHHH.. iSHHH !!!!

Macam-macam ragam lah mereka ni.. Hehe..


Tatapan dari,

Friday, July 7, 2017

Puteri Raja Ratu Sudah Mula Mengaji

Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang lepas, 1 lagi perkembangan Puteri Raja Ratu yang baik. Ratu memang target di bulan Puasa lepas Puteri Raja Ratu sudah mengenal huruf dan mengeja dengan baik. Alhamdulillah, akhirnya tercapai jua.

Sebenarnya, setiap malam Ratu sendiri akan mengajar Puteri Raja Ratu mengaji. Pada mulanya, Ratu mengambil tindakan mengajar Puteri Raja Ratu ini melalui Iqra'. Tapi Ratu tengok Puteri Raja Ratu ini makin keliru dan hilang fokus. Bukan Ratu kata Iqra' ini tidak bagus. Tapi penyusunan yang agak tidak sesuai bagi kanak-kanak yang baru mula belajar. Tapi mungkin ada kanak-kanak lain yang sesuai melalui Iqra', Ratu kurang pasti. Tapi bagi Ratu Iqra' ini huruf dan langkah pengejaan huruf tu seperti tidak tersusun. Berbanding Muqaddam, sesi pembelajaran kanak-kanak dalam mengenal huruf dan mengeja lebih teratur dan Puteri Raja Ratu lebih memahami dan lebih cekap mengeja. 

Dah elok-elok Ratu ajar Puteri Raja Ratu melalui Iqra', Ratu terus bertukar ke Muqaddam bila tengok perkembangannya mengeja yang agak merosot. Bila belajar Muqaddam ni ada lebih kurang 30 mukasurat perlu dihadam Puteri Raja Ratu untuk sesi mengenal huruf dan mengeja. Alhamdulillah, sikit-sikit Ratu mulakan dan akhirnya. Puteri Raja Ratu sudah habis mengeja.



Kali ini, Puteri Raja Ratu sudah ke bahagian seterusnya iaitu mengeja dan membaca surah bermula dari surah Al-Fatihah dan seterusnya hingga habis. Ratu sudah mula membiarkan dia mengeja sendiri dan mana yang salah tu Ratu betulkan balik.


Moga-moga Puteri Raja Ratu dapat menghabiskan Muqaddam ini dengan baik dan seterusnya ke langkah mengaji Al-Quran pula. Ratu selalu memberikan Puteri Raja Ratu kata-kata semangat agar dia dapat mengeja dan membaca dengan baik. Nanti dia boleh mengaji Al-Quran sambil Ratu menunjukkan Al-Quran. Bila Puteri Raja Ratu nampak je Al-quran dia mulalah bersemangat mengeja. Alhamdulillah.

Tatapan dari,

Wednesday, July 5, 2017

Drama Bersiri Glamorosa

Erkkkk.. Macam tak percaya Ratu mengikuti drama bersiri Glamorosa iaitu sebuah drama dari Filipina. Huhu.. Bukannya Ratu ada belajar bahasa Filipina ini tapi drama bersiri ni ada sarikata di bawahnya. Drama ini di tayangkan di tv3.



Drama ini mengisahkan permainan dendam Paulina selepas apa yang berlaku pada keluarganya. Ayahnya dibunuh secara kejam dan sejak itu juga ibunya mengalami sakit mental akibat tekanan. Dia cuba mengaturkan rancangan untuk membalas dendam terhadap Dra. Claudia Herrera, wanita yang menyebabkan kehidupan dia sekeluarga sengsara.
Paulina mula menyuruh teman lelakinya Karl, menggoda Natalia, anak kepada Dra. Claudia Herrera, sehingga Natalia jatuh cinta kepadanya. Natalia dan Karl akhirnya tinggal bersekedudukan. Lebih malang, apabila Karl sudah jatuh cinta pada Natalia dan terus melupakan Paulina.
Paulina telah mempergunakan Claudia untuk mendapatkan Karl semula. Dalam waktu yang sama, Natalia mengandung. Dalam satu kemalangan membabitkan Natalia dan Karl, anak Natalia dilahirkan dan mempunyai kesan melecur di pipinya.
Claudia berniat untuk memisahkan Natalia dan anaknya. Dia telah mengupah Oscar, pemandu dan pembantu peribadinya, untuk menjaga bayi tersebut. Karl pula mengalami amnesia akibat kemalangan terbabit.
Paulina cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan cinta Karl kembali. Apa yang terjadi seterusnya? Jom kita layan Glamorosa!

Ratu suka tengok drama ini sebab banyak konflik yang menjadi tanda tanya dan perlu dijawab.

Tatapan dari,

Ratu Terima Hadiah

Assalamualaikum semua.. Selamat Hari Raya. Syukur ke hadrat Illahi kerana Ratu masih lagi bernafas dan diberikan peluang untuk menceloteh di sini. Cewahhh..

Hari ini Ratu hendak kongsikan hadiah yang Ratu terima. Ini dia,


Salah satu dari paper bag itu adalah kepunyaan Ratu. Huhu. Hadiah yang Ratu terima ini adalah telekung Siti Khadijah yang bernilai RM245.00. Waa, seronoknya.Alhamdulillah, rezeki.


Telekung ni memang selesa terutama sekali di bahagian muka. Apa-apapun terima kasih kepada Datuk Hamzah yang juga merupakan pelanggan Ratu. Banyak juga Datuk membeli belah dengan Ratu melalui perniagaan Ratu RR Raudah Millenium.

Alhamdulillah, Ratu pasti akan gunakan nanti ketika solat. Moga di limpahruahkan rezeki Datuk Hamzah dan juga perniagaan Ratu RR Raudah Millenium. Amin..

Tatapan dari,

Tuesday, July 4, 2017

8 Tip Bijak Bebas Hutang Selepas Raya

Ratu terbaca satu tips di mingguan wanita yang mana Ratu ingin kongsikan di sini. Sekarang ini, ekonomi negara kita tak stabil. Selepas hari raya, ramai yang mula buntu berhadapan dengan masalah kewangan yang dihadapi. Ada yang terdesak sehingga ada yang mengorbankan duit raya anak-anak untuk menampung perbelanjaan selepas raya. Kita harus bijak merancang. Bagi Ratu menggunakan duit raya anak-anak bukanlah satu jalan yang terbaik, jika kita sepatutnya tidak boros berbelanja. 

Amalkanlah tip ini,
1.  Berkongsi kereta yang mana boleh menjimatkan minyak
Jika kita masih bujang dan ingin balik bersama-sama adik beradik lain untuk pulang berhari raya. Maka, digalakkan berkongsi kereta. Sekiranya perlu, pilihlah kenderaan awam dengan menempah tiket untuk pulang ke kampung halaman dengan lebih awal.

2.  Duit raya
Berapa banyak yang perlu anda berikan kepada budak-budak yang datang berkunjung ke rumah di bulan syawal haruslah berpada-pada. Ikut kemampuan. Jangan sampai menjerat diri.

3.  Ketepikan budget selepas raya
Ini amat penting. Kita perlu ketepikan budget perbelanjaan termasuk perbelanjaan dapur dan perbelanjaan untuk kembali bertugas selepas bercuti raya.

4.  Berbelanja mengikut bajet
Janganlah kita berbelanja raya seperti orang lain yang mungkin mempunyai rezeki lebih. Ikut kemampuan diri sendiri, bukannya menjerat diri. Kalau dah terjerat, orang lain bukannya dapat membantu kan. Rancangkan perbelanjaan raya. Letakkan peruntukkan berapa yang perlu dibelanjakan sepanjang untuk berhari raya dan perlu displin diri. Jika tersasar sekalipun, jangan lah terlari banyak. 

5. Bijak menggunakan kredit kad
Kredit kad ini sebenarnya perlu digunakan tatkala kecemasan. Ia bukannya lampu hijau yang membolehkan kita menggunakan sesuka hati. Sebab nanti kita yang perlu membayar balik. Bayar balik pun menggunakan duit kan. Tambahan lagi, kita perlu membayar faedah yang dicaj kepada kita berdasarkan jumlah penggunaan kredit kad tersebut. Jadi, bijaklah berbelanja.

6. Gunakan sedikit sahaja duit tabungan
Jika kita ingin gunakan duit tabungan. Gunakanlah dalam jumlah yang berpada-pada mengikut keutamaan. Sekarang ini, ekonomi tak stabil. Hendak mengumpul duit banyak kadangkala tersasar bila kos sara hidup yang tinggi kini. Jadi, berpada-pada lah juga jika ingin menggunakan duit tersebut untuk perayaan. Nanti, malang tidak berbau. Jika berlaku sesuatu kepada kita adan keluarga di masa akan datang, termenung dan menyesal pula nanti. Adalah lebih baik jika duit tabungan tidak diusik untuk berbelanja di musim perayaan.

7.  Selesaikan hutang besar
Ramai di kalangan kita yang menerima duit raya atau bonus raya dalam jumlah yang tinggi. Tapi, ianya bukanlah lampu hijau untuk berbelanja besar di musim perayaan ini. Jika ada hutang yang perlu dijelaskan. Utamakan hutang tersebut terlebih dahulu. Tanggungan hutang jangan diambil mudah. Jika ada rezeki lebih di bulan ramadhan ini, bayarlah ansuran rumah atau kereta lebih atau peruntukkan sejumlah wang untuk insuran kenderaan tersebut yang perlu dibayar kelak. Takut nanti tatkala kita terdesak, kita tidak perlu risau kerana kita sudah menyediakan peruntukkan tersebut. 

8.  Mulakan diari kewangan
Rekodkan semua penggunaan wang dan duit keluar masuk agar kita tidak tersasar dari budget kita dan tidak membazir.

Tatapan dari,

Monday, July 3, 2017

Tahniah Zairy dan Ika

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Raja dan Ratu ingin ucapkan tahniah kepada pasangan Zairy dan Ika yang baru sahaja menerima cahaya mata perempuan. Pasangan ini adalah anak buah Raja. Semasa abang ipar Raja meninggal, Ika ini memang tengah sarat mengandung dan tengah menunggu hari sahaja untuk bersalin.

Kini Ika telahpun selamat bersalin bulan lepas dan kini berpantang. Inilah gambar anaknya,


Comel kan. Beratnya lebih kurang 3.7 kg.

Ini pula gambar baby dengan kakak ipar Ratu,


Apa-apapun tahniah. Selamat berpantang. Moga-moga anak yang dilahirkan ini menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Amin..


Tatapan dari,

Sunday, July 2, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulillah.. Raya Aidilfitri berkunjung tiba setelah Ramadhan berlalu.

Raya tahun ini Raja dan Ratu putuskan untuk sambut serba sederhana. Tumpuan Raja Ratu tahun ini adalah untuk mengukuhkan lagi kewangan kami sebelum menjelang cabaran ekonomi Malaysia pada tahun depan 2018 yang dijangkakan sangat mencabar. Tambahan pula, abang Raja yang telah meninggal dunia baru-baru  ini membuatkan kami memutuskan untuk bersederhana sahaja tahun ini.

Dari segi sambutan Raya di pagi Raya tu seperti biasa lah sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Pagi Raya di rumah ibubapa Ratu dan kemudian di sebelah petang pula di rumah ibu Raja dan kami bermalam di sana beberapa hari. Dari segi menu masakan pula, sama seperti tahun-tahun lepas rendang, ketupat dan kuah masak lodeh itu adalah menu utama dan wajib ada.. Huhu..



Akhir kata, Raja dan Ratu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung khususnya pengunjung teratak istana Raja Ratu.Maaf Zahir dan Batin.

Tatapan dari,

Monday, June 12, 2017

Abang Raja Meninggal Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu. Baru-baru ini Raja dan Ratu dikejutkan dengan pemergian abang kandung Raja bernama Azahar bin Hj Ibrahim. Arwah telah dimasukkan ke Hospital Port Dickson lebih kurang sebulan lalu. 

Arwah mengalami strok 1 badan dan dijangkiti kuman di bahagian otaknya. Baru-baru ini, arwah berada dalam keadaan kritikal di ICU. Raja dan Ratu yang berada di lokasi yang berlainan menerima panggilan telefon dari kakak ipar Ratu dan mereka memaklumkan mengenai keadaan abang ipar Ratu. Raja terus bersiap-siap dan bergegas balik. Ratu hendak ikut tapi Raja kata biar dia pergi dulu sementara Ratu uruskan selesaikan urusan di rumah.

Malam tu, Ratu terus menelefon Raja dan kakak ipar Ratu untuk bertanyakan mengenai keadaan kesihatan abang ipar Ratu. Raja memaklumkan dia akan balik nanti untuk membawa Ratu dan Puteri Raja Ratu ke sana. Kalau difikirkan balik, kan senang kalau Ratu ikut Raja jadi tak perlulah Raja berulang alik. Dah macam Ratu duduk kawasan sana lak nak berulang alik. Tapi tak per lah, nak buat macam mana kan.

Raja pun pulang ke rumah. Sebelum tu, Raja memaklumkan kepada Ratu bahawa keadaan abangnya dah mula sedar sikit. Kemudian baru beberapa jam Raja berada di rumah, Raja telah dikejutkan dengan satu panggilan bahawa abang Raja baru sahaja meninggal dunia. Arwah meninggal lebih kurang pukul 4.00 petang. Raja terus menelefon Ratu dan memaklumkan kepada Ratu. Ratu yang berada di luar sangat terkejut. Rasa rasa galat pun ada kerana tidak dapat melawat semasa di ICU. Tapi benda dah terjadi. Ratu pun terus bergegas balik dan kami pun bertolak pulang ke kampung Raja.

 
Gambar ini semasa di tanah perkuburan,


Moga pemergiannya pada hari Khamis di bulan Ramadhan ini dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Marilah kita semua mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.


Tatapan dari,

Sunday, June 11, 2017

Resepi Kuih Talam Cha Cha Di Bulan Ramadhan

Selamat Berpuasa semua. Jangan lupa bulan Ramadhan yang mulia ini, kita sama-sama kumpul pahala melalui pelbagai cara. Selain solat terawih, kita boleh bersedekah. Bulan Ramadhan ini hanya datang setahun sekali. Jadi, kita jom kita rebut peluang ini memohon keampunan dari Yang Maha Esa. Moga hidup kita diberkati. Amin..

Kali ini Ratu ingin kongsikan satu resepi tradisional yang menarik perhatian Ratu melalui facebook yang mungkin  korang boleh cuba untuk juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan ini.

Resepi yang menarik perhatian Ratu kali ini ialah TALAM CHA CHA



Bahan lapisan bawah:

50gm sekoteng - rebus hingga empuk atau lembut dan toskan. Boleh juga gunakan cha cha



150gm tepung beras*
250ml santan pekat*
450ml air*
1 tbsp tepung hoen kwee - putih*
150gm gula castor*
1 tsp garam*

Cara:

1. Bancuh semua bahan yang bertanda * tapis dan masak hingga naik wap, tutup api.
2. Masukkan sekoteng atau cha cha yang telah direbus tadi dan kacau rata.
3. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.

Bahan lapisan atas:

150gm tepung gandum
300gm gula halus
3 biji telur
250ml santan pekat
500ml air
1/2 tsp garam
1 ½ tsp perisa rose
Pewarna pink



Cara:
1. Bancuh semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap, tuangkan ke atas lapisan bawah.
2. Kukus selama 30 minit.
3. Setelah siap, angkat dan biarkan betul-betul sejuk barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.


SELAMAT MENCUBA SEMUA !!!

Tatapan dari,

Saturday, June 10, 2017

Kemeriahan Bazar Ramadhan

Alhamdulillah, bazar di kawasan rumah Ratu tidaklah jauh dari rumah Ratu. Jadi, tidak perlulah Ratu pergi ke tempat yang lebih jauh untuk membeli tambahan menu untuk berbuka puasa. Bazar Ramadhan ni juga paling diminati oleh kaum lain seperti Cina dan India. 

Tapi pembaziran makanan juga banyak berlaku di bulan Ramadhan ni yang mana peniaga makanan kali ini lebih ramai berbanding tahun lepas. Jika pembeli membeli makanan dan tidak dimakan selepas waktu berbuka puasa. Sudah pasti pembaziran berlaku. Mungkin tidak dimakan sebab kekenyangan atau makanan tersebut tidak memenuhi citarasa mereka. Bagi para peniaga pula, jika makanan tersebut tidak habis dijual sudah semestinya pembaziran berlaku. 


Di bazar Ramadhan berhampiran Ratu, antara makanan yang menarik perhatian ramai orang adalah murtabak. Bukan main ramai lagi orang sampai sanggup beratur untuk membeli. Alhamdulillah, Raja dan Ratu membeli tambahan makan untuk juadah berbuka ala kadar sahaja. Takut mebeazir beb !!!

Apa-apapun Selamat Berpuasa dari Raja dan Ratu.

Tatapan dari,

Friday, June 9, 2017

Salam Takziah Kepada Bazli Hazwan Unic

Bulan Lepas kita dikejutkan dengan kemenangan Kumpulan Unic sebagai Juara dalam Gema Gegar Vaganza. Tahniah Ratu ucapkan. Dari situ terungkap satu rahsia bahawa anak kepada ahli kumpulan tersebut Bazli Hazwan yang masih kecil terlantar di hospital.


Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan berita pemergian anaknya Syahid yang baru berusia 4 tahun. Merujuk pada laman facebook nya, Ratu difahamkan anak meninggalkan kira-kira pukul 7.00 pagi Rabu 7 Jun 2017. Jenazah dikebumikan selepas Zohor.
 
Ini antara luahan hatinya yang Ratu petik melalui facebook,

Syahid.. 
Waktu ni biasanya ayah akan salin pempers syahid, 
ayah akan lap badan syahid, 
ayah usap lembut bdan syahid, 
ayah betulkan posisi bantal syahid, 
ayah akan selimutkan syahid, 
ayah akan peluk syahid sampai syahid tenang sambil ayah akan baca bisikan kt telinga syahid surah2 yg syahid suka.. 
Sungguh ayah rindu kau naakk
 

Syahid.. 
Ayah masih terkenang detik semalam saat ayah tgu d luar penuh debaran dan tiba2 doktor keluar blik bgtau yg syahid dh xd dan ayah sila boleh masuk sekarang utk peluk anak.. 
Hanya Allah yg tahu perasaannya.
 

Syahid.. 
Jika Allah btanya kelak tntg ayah. 
Syahid gtaulah bahwa ayah dah cuba sedaya mampu utk mengubati dan mengurus syahid. 
Ayah dah cuba mendidik syahid dgn didikan paling terbaik. 
Ayah dah jalankan amanah sebagai ayah dgn cara paling bhikmah.
 

Syahid.. 
Jangan lupa tarik tgn umi ayah pimpin tgn kami ye utk masuk syurga. 
Kita baca quran sama2 lg kita bgrau sama2 d syurga indah bahagia.
Syahid bnyk mengajar ayah supaya bsabar dalam membesar dan mengurus anak. 

Syahid inspirasi ayah utk menjadi ayah yg kental berjiwa pahlawan. 
Syahid mengajar ayah spaya mnjadi jantan yg kuat. bangkit dan bangkit xmudah menyerah lembik.
 

Syahid.. 
Waktu kelahiran syahid ayah cipta khas lagu Bintang Syurga tujukan utk syahid. 
Spya ia menjadi doa dan motivasi kau. Harini kau benar2 menjadi bintang syurga naaak.
 

Syahid.. 
Berlari2lah kau d dalam taman syurga dgn penuh riang. 
Xd sakit lgi xd ubat lg xd merintih lg kerana kau adalah BINTANG SYURGA


Siapa yang tidak terusik hatinya atas apa yang berlaku.. Ibubapa mana yang tidak sedih bila kehilangan anak. Mungkin di mata kita mereka tersenyum untuk membuktikan mereka kuat dengan dugaan Illahi. Tapi di belakang kita, mereka pasti menagis kerinduan sebab anaknya telah pergi untuk selama-lamanya.

Untungnya mereka yang kehilangan anak ini, anak tu sudah pastinya menjadi ahli syurga. Dan sudah tentu itulah saham akhirat, yang mana anak syurga inilah yang akan membantu ibubapanya kelak. Walau apapun hidup mesti diteruskan untuk orang-orang yang masih sayangkan mereka. Hidup mesti diteruskan untuk tanggungan mereka. Biar apapun, kita yang masih hidup bersama-sama anak ini perlu berusaha keras untuk mendapatkan redhaNYA sekaligus mendidik anak menuju ke syurga dalam dunia sekarang yang sangat mencabar ini.

Akhir kata, marilah kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah kepada anak syurga ini dan anak-anak syurga lain yang kita kenali. Al-Fatihah.

Tatapan dari,

Monday, June 5, 2017

Alhamdulillah

Alhamdulillah, bulan Ramadhan tahun ini memberikan satu perkembangan yang baik kepada Puteri Raja Ratu. Tahun ini Puteri Raja Ratu mula belajar berpuasa. Hari pertama dia berpuasa, Puteri Raja Ratu dapat bertahan sampai pukul 11.00 pagi je.. Emm, sebenarnya dia dah bersahur. Sekali pukul 11.00 pagi, Puteri Raja Ratu ni dah minta susu. Huhu.. Pujuk punya pujuk, nampaknya tidak membuahkan hasil.


Hari kedua, Puteri Raja Ratu mampu bertahan sehingga pukul 12.00 tengah hari. Emm.. Tapi yang seronoknya baru-baru ini, Ratu berjaya memujuk Puteri Raja Ratu bertahan sehingga 2.30 petang. Itupun dia dah menagis dah leh tahan lagi. Ala keciannya,

Ratu : Anak ibu bertahan sampai buka puasa ya.. Nanti ibu bagi upah main bunga api..
Puteri Raja Ratu : Alaaa.. tak nak bunga pun tak per.. lapar ni..

Ala cianya.. Huhu.. Iya la terus layan Puteri Raja Ratu ni buka puasa. Tak per la.. Janji Puteri Raja Ratu ni dah dapat belajar untuk berpuasa lebih lama sedikit berbanding sebelum ini.

Alhamdulilah, kali ini Puteri Raja Ratu mampu bertahan sehingga pukul 4.30 petang. Ratu pula yang risau sebab Puteri Raja Ratu ni makan nasi sikit jer berbanding dengan hari-hari sebelumnya ketika bersahur. Siap Ratu tawarkan susu kepadanya jika dia tak mampu bertahan. Biasanya kalau Puteri Raja Ratu ini lapar dan tidak mampu bertahan, Ratu akan buat nasi goreng untuknya. Kebetulan pula, kali ini Raja dan Ratu membeli belah membeli barang keperluan bulanan di Mydin. Ratu terus bekalkan susu di dalam kereta. 

Ratu : Anak ibu nak susu tak. Boleh tahan tak sayang.
Puteri Raja Ratu : Sekejap lagi lah susu tu.

Sampai sahaja di Mydin, setelah semua barang keperluan bulanan telah diambil. Kami pun ingin membuat bayaran. Sekali Puteri Raja Ratu ternampak kawasan permanainan kanak-kanak di dalam Mydin. Iayalah, Raja pun layan je lah kerenah Puteri Raja Ratu yang masih lagi berpuasa. Tapi Ratu pesan tak leh main lama-lama sebab berpuasa. Main dalam 5 minit jer. Raja pun bawalah Puteri Raja Ratu sementara Ratu uruskan pembayaran. Sekali Puteri Raja Ratu ini bermain dengan penuh riangnya sampai dia tak sedar yang dirinya berpuasa. Sekali sampai sahaja di alam kereta, dah mengadu tak tahan. Emm.. sayangnya sikit lagi. Tinggal beberapa jam je lagi. Emm.. tak per la.. Nasib baik Ratu ada bekalkan susu di dalam kereta kami. Huhu..

Alhamdulillah, Puteri Raja Ratu dapat bertahan lebih lama kali ini. Tapi bila bersahur kena layanlah kerenah Puteri Raja Ratu ini yang makan mahu bersuap sambil tengok tv siaran secara langsung sorat terawih dari Masjidil Haram. Sambil makan mulalah dia bercerita masa dia berada di sana bulan Januari lepas. Ketika itu, Raja dan Ratu bersama-sama ibubapa Ratu menunaikan ibadah umrah di sana. Emm, tak per la. Tapi apa-apapun, Alhamdulillah lah Puteri Raja Ratu ini senang dikejutkan bangun pagi untuk bersahur. Hehe..

Tatapan dari,

Friday, June 2, 2017

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu ini. Raja dan Ratu ingin mengucapkan Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu oleh umat Islam kerana bulan inilah bulan rezeki bagi para peniaga khususnya peniaga makanan. Bulan ini juga adalah bulan kita semua rebut mengumpul pahala kerana hanya bulan ini sahaja lah kita dapat menunaikan solat terawih.

Ratu pada tahun ini di bulan Ramadhan yang mulia ini ingin mengambil peluang mengumpul pahala mengejar target bacaan surah-surah tertentu di bulan Ramadhan di samping mengejar pahala solat-solat sunat termasuklah solat terawih. Insya Allah. Bagi kaum wanita memang agak penat sedikit di bulan Ramadahan terutama sekali bagi mereka yang bekerja. Mana hendak uruskan persiapan makan untuk bersahur, persekolahan anak. urusan rumah dan kemudian bergegas ke tempat kerja. Tapi penat tu berbaloi sebab ganjaran pahala yang tinggi.

Di sini Ratu kongsikan fadhilat solat terawih.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Moga-moga apa yang dikongsikan ini membantu kita semua dalam mengejar pahala dan keberkatan di bulan Ramadhan yang hanya datang setahun sekali.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267