Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, December 27, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tinggal Tahun 2009, Selamat Datang Tahun 2010. Moga2 tahun 2010 membuka 1 lembaran kehidupan baru. Tu la harapan Raja Ratu. Dan semestinya harapan korang juga kan. Apa azam korang tuk tahun 2010? Korang perlu letakkan 1 malamat/ azam yang ingin capai sepanjang tahun 2010. Jika perlu tulislah matamat itu di diari/ organizer supaya sentiasa beringat tentang apa yang hendak dicapai sepanjang tahun.

Mengimbas kembali sepanjang tahun 2008, banyak memori bak bunga yang berkembang mekar terpahat diingatan. Seawal tahun 2008, Raja Ratu telah meninggalkan zaman bujang & mulakan 1 kehidupan baru. Jika sebelum itu, pergerakan kami agak terbatas. Tapi kini lebih banyak masa dihabiskan bersama. Tanggungjawab juga dipikul bersama. Kenangan berbulan madu menjadi mimpi terindah kami. Mana taknya, Raja & Ratu suka melancong. Bila dapat bercuti bersama orang tersayang, lebih2 lagi selepas baru mendirikan rumah tangga pastinya menjadi kenangan manis. Pagi Raya, pasti sambutan lebih bermakna kerana inilah kali pertama Raja Ratu sambut sebagai suami isteri. Cuma rezeki mendapat cahaya mata tidak berpihak kepada kami lagi.

Sepanjang 2009 pula tidaklah seindah tahun lepas kerana ada beberapa impian kami yang masih terkapai-kapai & belum tercapai. Tahun ni kami diuji & air mata yang agak susah kami nak lepaskan mengalir juga akhirnya beberapa kali. Tapi kami bersyukur, Tuhan bersama kami & melindungi kami kerana DIA Maha Mengetahui apa yang berlaku. Berkat doa, ketabahan & kesabaran..tangan kami sama2 pegang dengan erat & semakin erat untuk harungi dugaan bersama. Yang pasti, apa yang berlaku biarlah kami simpan dihati & menjadi tembok kekuatan di masa hadapan.

Harapan 2010 akan membawa satu sinar baru dalam hidup Raja Ratu. Yang pasti, kami tak akan menoleh kebelakang. Tapi tembok kekuatan yang dibina akan kami bawa untuk menggapai impian yang masih menunggu. Kami akan bangkit dengan semangat baru, wajah baru & capai impian yang belum terlaksana berserta impian baru. Moga2 sinar kebahagian menanti kedatangan kami. Semoga segala impian mendekati kami. Amin..Amin..Amin..

Amacam, leh tahan tak kami bermadah. Berapakah markah korang nak bagi..Hehe. Akhir kata, Raja Ratu ambil kesempatan ni nak ucapkan 'Selamat Menyambut Tahun 2010' & letakkan matlamat dalam diri korang untuk dicapai sepanjang tahun tu. Kami doakan agar tercapai impian kita semua.. AMIN.

Tatapan dari,

Monday, December 21, 2009

Majlis Pernikahan & Persalinan

Setelah 7 tahun harungi onak & duri dalam mengenal hati budi masing2, tanggal 04 Januari 2008, Ratu sah menjadi permaisuri Raja & Raja menjadi milik Ratu selamanya. WAA.. power tak ayat tu. Haha. Sal persiapan, semuanya Ratu aturkan 1 persatu. Tapi tanpa bantuan rakan & ibubapa, tak mungkin majlis berjalan lancar.

Kami bernikah selepas Solat Jumaat, lebih kurang pukul 3.00 ptg. Berdebar??? Memang la berdebar, semua bakal pengantin akan merasainya. Betul tak. Majlis pernikahan berlangsung di rumah ibubapa Ratu sendiri. Ni suasana sebelum pernikahan. Sebelum nikah, tok kadi akan berjumpa Ratu sebagai pengantin perempuan & wali iaitu ayah Ratu untuk bertanyakan persetujuan sebelum pernikahan dimulakan.
Ni la suasana debaran Raja semasa akad nikah dimulakan.
Lepas majlis pernikahan, rasa lega bercampur gembira. eee, semualah ada. Kami sah menjadi pasangan suami isteri. Raja & Ratu kini menjadi satu. Haha. Ni lak gambar upacara pembatalan air sembahyang. Raja menyarungkan Ratu sebentuk cincin, gelang & rantai. Selepas itu Ratu mencium tangan Raja & Raja lak mencium dahi Ratu. Waduh, terasa seperti dunia ni anna yang punya. Haha.
Ni pula upacara penyerahan yang mana segala kuasa & tanggungjawab ibubapa sebelum ini ke atas Ratu diserahkan kepada Raja. Sedih..memang sedih. Mak Ratu nagis2 tapi Ratu lak BE COOL je.. Air mata pun tak keluar. Nak nagis apa..Lepas kahwin pun Ratu sering jumpa mak, ayah Ratu juga.
Selepas itu, Raja terus mencium tangan ibunya. Pas tu Ratu lak.
Ni lak antara pilihan pose MAUT kami selepas nikah.. POSE PERTAMA..
POSE KEDUA di pelamin..
POSE KETIGA di kamar beradu..
Ni bersama ibubapa Ratu,
Ni lak gambar bersama sanak saudara & sepupu Ratu.
Di Majlis Perkahwinan di rumah ibubapa Ratu ni, dari segi penyediaan makanan keluarga Ratu memilih katering kerana penyediaannya lebih mudah. Ratu & keluarga dah survey, ada yang ambil:-
a) RM10 satu kepala termasuk khemah.
b) RM14.50 satu kepala termasuk khemah & buffet bulat untuk diletakkan di meja makan bulat dengan hiasan yang agak eksklusif.
c) RM9.00 satu kepala tak termasuk khemah tapi lauk pengantin & lauk tetamu lebih kurang sama ajer cuma lauk pengantin ada tambahan sedikit.

Last2 Ratu dapat 1 lubang katering yang agak menarik. Setelah berbincang dengan keluarga, akhirnya 1 perjumpaan dengan pihak katering diadakan bagi membicarakan tentang menu & harganya. Apa yang menariknya tentang ketering ni ialah masakan kampungnya.. lauk pengantinnya tak sama dengan lauk tetamu.. menyediakan LAUK TAMBAHAN (LAUK STAND BY) & harganya berpatutan. LAUK TAMBAHAN? Emm, kalau lauk utama dah nak habis, pihak ketering akan terus berjumpa dengan tuan rumah untuk memaklumkan & mendapat persetujuan untuk mengeluarkan LAUK TAMBAHAN. So, kalau tetamu datang RAMAI pun, TUAN RUMAH TAK RISAU LAUK HABIS sebab ada lauk tambahan. Tapi budget lauk tambahan ni untuk anggaran 200 - 300 orang tetamu. Harganya pun setelah dirunding RM8.00 satu kepala termasuk dengan peralatan katering & berkat nasi bungkus untuk 100 orang.

Ni la tips Ratu nak bagi untuk bakal pengantin. Sebelum majlis tu diadakan, buat PERBINCANGAN dari segi makanan sama ada nak masak sendiri /katering. Lepas tu, SURVEY dulu sebelum menempah katering ke..lembu ke (kalau masak sendiri)..YANG PENTING TENGOK BUDGET KITA DIMANA. Dah survey, buat pilihan yang terbaik ikut citarasa masing2.

Menu masa kami nikah yang disediakan katering ialah bee hoon goreng, roti jala, kari ayam, 2 jenis kueh beserta dengan air teh & teh O.

Selepas Majlis Pernikahan, sesi bergambar pula dengan beberapa persalinan. Sikit persalinan selepas nikah & selebihnya lepas Khatam Al-Quran pada pg 5 Januari 2008. Ni lah masanya nak MELARAM. Haha. Persalinan pertama, de cam pelakon Bollywood tak.

Persalinan kedua,

Persalinan ketiga,

Persalinan keempat,

Persalinan kelima,

Persalinan keenam,

Kuiz minggu ni. Persalinan manakah yang nampak Ratu lebih cun. Haha.

Paparan gambaran kegembiraan di hati Raja & Ratu. Tapi rakaman yang Ratu copy ni tak cun kit dari rakaman asal. Tak per, yang penting nak kongsi saat kegembiraan tu. Betul tak.

video

Tatapan dari,

Friday, December 18, 2009

Majlis Malam Berinai & Persandingan Raja & Ratu

Sesuatu Majlis perkahwinan tak berseri tanpa Majlis Malam Berinai. Betul tak. Kalau leh kahwin sekali seumur hidup. Atas permintaan ibu Ratu, pakaian 'SONGKET PENUH' berwarna merah menjadi pilihan. Ibu Ratu juga minta Ratu pakai 'SANGGUL LINTANG', dia nak tengok Ratu pakai. Ratu tak kisah sebab keinginan nak rasa pun ada.

Malam tu selepas Isyak, diadakan majlis marhaban lelaki. Tak sangka ramai datang. Diikuti majlis berinai yang dihadiri oleh seluruh keluarga, sanak saudara & teman. Raja & Ratu diraih dengan percikan bunga api.

Asalnya, Ratu nak guna percikan bunga api yang biasa digunakan dalam majlis2 keramaian tu. Tapi bunga api tu last2 minit lak dah abis. Rakan Ratu usahakan cari bunga api tu. Usahanya berjaya juga dengan bunga api buluh ni. Terima kasih banyaklah Ratu & Raja ucapkan.

Ni lah rakaman perarakan Raja & Ratu masa malam berinai. Tengokla wajah letih Raja masa berarak. Haha. Hilang MACHO..

video

Ni la ibu Raja mula menepung tawar pasangan pengantin Raja & Ratu.

Ni pula ibubapa Ratu menepung tawar kami. Rasa seronok pun ada.

Ni la post maut kami di pelamin. Haha. MAUT ker..
Ni gambar Raja sehari bersama keluarga & teman.. Gambar pertama.
Sempat lak Raja menarik tangan Ratu..Haha Gambar ketiga,
Gambar keempat,
Ni la gambar romantis kami..ROMANTIS KER..

Lepas Majlis tu. Ratu pun dah penat. Nak tidur, Ratu didodoikan oleh sepupu Ratu. Haha. Dah nama pun Raja sehari kan. Jangan jealous. Bukan dodoi cam budak kecik tu ya. Tapi didodoikan dengan memekatkan inai di tangan & kaki. Diorang suruh Ratu baring saja. Ni lah kenangan indah. Inai dah dipakai sebelum nikah. Tapi sepupu Ratu nak pekatkan lagi malam tu untuk majlis persandingan. Kecoh dibuatnya.

Ni lak kisah di hari persandingan kami pada 5 Januari 2008. Pagi tu, diadakan Majlis Khatam Al-Quran & diakhiri dengan marhaban perempuan.


Selepas itu, doa dibaca sebagai pembuka tirai kehadiran tetamu jemputan dengan harapan semoga majlis berjalan lancar. Jiran Ratu juga membantu dengan ikhlas membuat ‘solat hajat tolak hujan’. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Terima kasih buat semua.

Dalam kesibukan ibubapa Ratu melayan tetamu, Ratu lak heboh dengan pakaian persalinan Ratu. Ya lah sementara menunggu berarak. Ratu tak sangka ramai betul yang hadir sehingga pihak katering mengeluarkan ‘makanan tambahan’. Ni tibalah masanya,



Berarak lah Ratu & Raja. Ratu nak Majlis ini menjadi kenangan kami. Jadi, Ratu menjemput Kumpulan Karangkraf ke Majlis ini. Atas jemputan itu, sebahagian gambar kahwin dimuatkan dalam MAJALAH ‘PESONA PENGANTIN’. Ke 2, Ratu sewa sebuah BECA untuk perarakan kami. Rezeki kami, Ratu berjaya pujuk kumpulan karaoke kegemaran Ratu, sebab pakejnya ada silat, bacaan doa, bunyi-bunyian cam bunyi kapal terbang sebagai tanda ketibaan pengantin, gelas/ pinggan pecah yang pasti mencuit hati tetamu serta kumpulan ini tak setempat. Mereka akan bawa microfon berceloteh ke mana saja cam khemah, pelamin. Kompang pun Ratu cari ikut citarasa Ratu. Alhamdulillah, rezeki kami dapat akhirnya. Ni la gambar kami naik beca.

Ni rakaman perarakan Raja & Ratu yang pasti mencuit hati kami. Tengoklah beca jalan laju tertinggal kumpulan kompang.

video

Ni pula semasa pertunjukkan silat.
Ni lah gambar bersama keluarga & sanak saudara. Gambar pertama..

Gambar ni terpilih dimuatkan di majalah PESONA PENGANTIN,
Cakap je nak masuk majalah, semua pakai baju ikut tema ‘purple-pink’,

Gambar seterusnya,
Sehati sejiwa, sama warna semuanya,

Ni semasa makan damai. Tengoklah lauk katering tak termakan dibuatnya. Pihak catering siap hidangkan nasi untuk kami. Waa..Raja sehari betul ni. Tengoklah ukiran tembikai tu, cantikkan. Sedara ayah yang bekerja bab ukir2 makanan ni di hotel lah yang buatkan ukiran ini.
Ni antara pose Raja & Ratu sebagai Raja sehari,

Terpancar kegembiraan dihati, bila Raja Ratu disatukan.
Kenangan yang pasti terpatri di hati Raja Ratu

Semoga perkahwinan ini berkekalan ke anak cucu. Amin..Amin. Amin..

Senyuman terukir seindah cinta di hati..Inilah dikatakan sehati sejiwa.

Inilah kisah persandingan kami di Rumah Ratu. Selang seminggu, majlis diikuti di rumah Raja pula pada 12 Jan 2008. Bila kami ungkaikan kembali, pasti senyuman terukir di hati mengingat kembali 1 kenangan yang pasti tidak akan Raja Ratu lupakan hingga ke akhir hayat kami.

Tatapan dari,

Sunday, December 13, 2009

Hantaran & koleksi Kahwin di Majalah PENGANTIN..

Inilah antara koleksi2 gambar kahwin Raja Ratu yang diselitkan di majalah 'PESONA PENGANTIN'. Terima kasihlah Raja & Ratu ucapkan kepada pihak Kumpulan Karangkraf terutama sekali bahagian Pesona Pengantin kerana sudi hadir memeriahkan lagi majlis yang bermakna ini.

Keluaran April 2008, dimana 9 dari 11 hantaran Ratu kepada Raja terpilih.

Hantaran ini Ratu buat sendiri khas untuk Raja. Haha. Ok tak? Ratu cuba buat sesuatu yang menarik untuk dimuatkan di majalah ni. Ratu gunakan konsep 'ala laut'..

Ok Ratu ceritakan hasil kerja Ratu. Ratu gunakan kerang, cengkerang, manik, bunga, kulit kayu manis, kraftangan buluh yang berbentuk kerang & hiasan lain. Kebetulan, jiran Ratu nak masak kerang. Apa lagi Ratu pun ambil kulit kerang tu, basuh hilangkan bau & sembur warna putih & unggu. Lepas tu, Ratu buat bentuk bunga seperti di gambar tu. Kraftangan buluh berbentuk kerang tu, Ratu tongkatkan dengan kulit kayu manis & letakkan jam tu. Ratu gambarkan seperti harta karun dari kerang besar tu telah ditemui (jam). Ratu cantikkan lagi dengan juraikan manik berwarna kuning emas, sepahan siput & cengkerang serta bunga berwarna unggu & pink ikut tema pilihan hati. Ok tak idea Ratu.. Leh Ratu buatkan hantaran korang lak..Haha

Ini rakaman hantaran Ratu kepada Raja..

video

Keluaran Jun 2008, salah 1 gambar kahwin Raja Ratu dipilih di ruangan 'Detik Indah itu'.
Nak tahu gambar yang mana.. Inilah gambarnya.

Keluaran Ogos 2008, dimana sebahagian koleksi gambar kahwin kami dimuatkan. Inilah antara koleksi tersebut, muka surat 1 & 2..

Paparan muka surat ke 3,
Gambar hiasan bilik pengantin yang turut dimuatkan.
Keluaran November 2008, sebahagian koleksi hantaran Raja pula dimuatkan.
Antara koleksi hantaran Raja yang terpilih,

Hantaran Raja ni lebih kepada konsep 'ala taman' & diserikan dengan penggunaan buah pinang, kulit kayu manis untuk membentuk bunga. Ditambahkah lagi dengan Ros merah bersesuaian dengan tema MERAH. Ni gambaran keseluruhan hantaran Raja.

Keluaran Januari 2009, pelamin di rumah Ratu pula dimuatkan. Inilah pelamin saksi tamatnya zaman bujang & bermulanya kehidupan baru kami.

Yang pasti koleksi majalah ini akan disimpan kemas disudut ruangan kami. Bila rindu berkunjung tiba, majalah ini tetap kami akan jelajahi.

TUNGGU DULU !!!! Cerita ini tidak berhenti sampai di sini sahaja. Ingin mengetahui kisah selanjutnya di hari BERSEJARAH Raja Ratu ini. DI MANA LOKASI BULAN MADU KAMI? HADIAH APA YANG KAMI TERIMA? APA PERSIAPAN YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM BERLANSUNGNYA HARI BERSEJARAH INI? Ingin mengetahuinya.. Perasan tak di atas tajuk cerita MAJLIS PERNIKAHAN & PERSALINAN' ada nota bertulis 'showing newest post with label detik Raja Ratu disatukan'.. sila klik 'SHOW OLDER POSTS'

Atau klik link ini untuk membawa kisah seterusnya, 'Hadiah Perkahwinan Raja Ratu' dan 'Tips Perkahwinan Raja Ratu'

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267